Wednesday, 19 November 2014

Aku ada sorang adik

Rindu sangat..........
dah berapa hari ni asyik teringat2 jer kat adik aku sorg ni
cuma dia je sorg adik perempuan yg aku ada
cuma dia je yg selalu menjadi penghibur dan pendengar setia aku
selalu kalau berborak
baik dalam wasap atau fb...riuh sekampung
tapi dalam berapa minggu ni masing2 diam je
tu yg buat aku betul2 rindu

dia sorang je yg aku ada
adik perempuan yg memahami
yg sanggup mendengar keluh resah hati ini
yang selalu merintih memerlukan bahu dikala dia kesedihan
kami saling memerlukan

biarpun dia dah dok jauh lepas kawin
kami tak pernah lupa sesama kami
mesti kitaorg akan wasap sesama kitaorg
tapi kalini.............

Bila rindu tu datang
semua memori suka duka bermain difikiran
buatkan air mata ni deras mengalir membasahi pipi
buatkan hati ni rasa sebak sangat
sebab aku terlalu RINDUKAN dia.....

Bagaimana keadaan dia?
sihatkah dia?
ok tak dia?
tak rindu ke dia kat aku?

Dyba..
aku rindu kau.....
saat aku luahkan ni..
ketahuilah yg aku rindukan adik aku sorg ni
saat ini airmata deras mengalir
sungguh...aku tak pernah rasa macamni
memang kita ada sepi sebelum ni
tapi takder lak sampai aku sedih mcmni
tak pulak aku nangis2 rindukan kau...
seolah2 ada sesuatu yg cuba kau sorokkan
seolah2 ada sesuatu yg cuba kau sampaikan
tapi semua terhalang.......

Ya Allah...
Kau lindungilah adikku NUR ADIBAH MAHMUD
jagakan dia utkku Ya Allah..
berikanlah kesihatan yg baik utk dia..
sesungguhnya aku amat merindui dia.....
Amin..

*dyba..apa jua keadaan kau kat sana jaga diri jaga kesihatan
jangan tinggal solat..banyakkan berzikir
kalau kau baca ni...ketahuilah aku syg sangat kat kau..
cuma kau adk perempuan aku ada..ingat pesan mak abah
ingat nasihat mak abah..ingat pesan abg nain ngn aku..dan ciumkan Darwisy utk ku..

Alangkah baik dan bagusnya jika kami 5 beradik semua berada di dalam 1 negeri
alangkah baik jika kami semua beradik dapat berkumpul setiap hujung minggu bersama2
alangkah baik jika kami 5 beradik dapat luangkan masa bersama mak dan abah
Ya Allah......sesungguhnya aku terlalu RINDU...


Monday, 17 November 2014

Anugerah

Disaat semua sedang lena dibuai mimpi
Aku masih tidak dapat melelapkan mata
Sambil duduk bersimpuh
Merenung ,membaca,membelek satu persatu
status di halaman muka buku

Disaat ini mata melirik sayu
Memandang anak2 yg sedang lena tidur
Disaat ini hati Ibu mula bermain berkata2

Ku tatap wajah anak2ku
Ku belai lembut pipi dan rambutnya
Ku singgahkan bibirku perlahan didahi mereka
Ya Allah.....
sungguh menikam jauh disudut hatiku
Ya Allah....
sungguh aku kerdil disisiMU

9 tahun yg lalu...
Saat aku menantikan cahayamata
saat aku teruja mendapat berita gembira
KAU tarik semula kegembiraanku
dan KAU uji diriku
namun aku redha...semua yg berlaku adalah sebaik2 perancangan utkku

Dan kini..KAU beri kepadaku rezeki berlipat ganda
dengan memberi 5 cahayamata yg sangat sempurna buatku
biarpun aku tidak sekaya mana
tapi aku kaya dengan anak2
aku bangga memiliki anak yg ramai
kerana merekalah pewaris pewarisku
yang akan mendoakan aku suatu hari nanti

Tapi...........
aku hanya manusia biasa
yang punya rasa marah ,
yang terkadang aku terlepas
dan aku sangat sesali
kerana melukai hati mereka
MAAFKAN IBU SAYANG...........
takkan Ibu ulangi

Anak-anakku.........
Kalianlah penyeri hidup Ibu
Kalianlah penguat dan pemberi semangat Ibu
Kalianlah segala2nya bagi Ibu
9 bulan kalian Ibu tatang dengan mengorbankan segala keselesaan Ibu
demi kamu anak-anakku..
Ibu bertarung nyawa utk melahirkan kamu
Ingin kamu selamat..
Ibu menyusukan kamu
Ibu menatang kamu bagai minyak yg penuh
Ibu bersengkang mata dikala kamu sakit
hati Ibu menangis merintih
Ibu mana yang sanggup melihat anak2 sakitkan
walaupun hanya demam biasa..
Ibu membesarkan kamu
Ibu menyuapkan kamu makan
dengan harapan
setiap suapan Ibu akan kamu ingati sampai mati
kerana tanda Ibu sangat mengasihi anak- anak ibu
saat kamu menangis
Ibu peluk erat agar kamu tenang sayang..
kerana ..pelukan seorang Ibu itu melegakan hati kamu sayang
Kamu semua membesar didepan mata Ibu
bagi ibu...jika boleh..setiap saat dan masa
ibu mahu sentiasa berada disamping kamu semua
agar keselamatan dan kesihatan kamu
dapat ibu ikuti...
Ya........
Ibu sanggup bergadai nyawa demi anak anak ibu
Kini...kamu semua didepan ibu
tidur lena dibuai mimpi yg indah
saat ibu membelai wajah kalian
hati ibu sangat sedih
andai ibu pergi dulu....
siapa yg akan menjaga mu?
siapa yg akan membelaimu ?
siapa yg akan merawatmu ?
siapa yg akan memelukmu ?
siapa yg akan memasak dan memberi makan padamu ?
siapa yg akan mendodoikanmu ?
siapa yg akan memimpin tanganmu ?
siapa yg akan mengesat dan memujuk tangismu ?
Ya Allah...
Sebaknya aku...
sesungguhnya aku insan yg lemah..

Anak-anakku......
Jadilah anak2 yg soleh dan solehah
Yang berjaya dalam ilmu dunia dan akhirat
Yang beriman dan bertaqwa
yang saling menghormati
dan menghormati orang tua
yang saling berkasih sayang

Ya Allah ..lindungilah anak2ku
panjangkanlah umur mereka
berikanlah kesihatan yg baik kpd mereka
jauhkanlah mereka dari perkara yg merbahaya
Amin......

Terima Kasih Ya Allah dengan anugerah terindahMU.........

Wednesday, 5 November 2014

Cerita Seram : tengah malam laluan Pdg Temu

Dah lama tak masukkan cerita seram kan...
agak2 nak baca tak ????
meh ..za cerita 1 cerita seram yg memang betul2 terjadi
cerita ni za tak canang sangat bab serius takut masa kena tu

Kisah ni sekitar tahun 2004-2005 macam tu
waktu za masih kerja di sebuah hosp swasta di Melaka
Za kerja bahagian Admission
Dulu system selalu down
Selalu kena stayback sampai lewat malam
Untuk habiskan kerja n payment yg pending
Dijadikan cerita kebetulan system down hari Khamis malam Jumaat
Siap je semua kerja dalam pukul 11 lebih mcmtu la
pulak abg2 porter dok nakut2kan za time tu
Kata..arini Khamis malam Jumaat
Jangan stayback sampai lewat malam
Bahaya.................
Buat dek la..gelak2 time tu
Takkan nak takut pula

Jadi za drive balik malam tu
Sampai kat Padang Temu
Laluan Sg Duyong..
Situ gelap..belum membangun
yang ada rumah2 kg,kedai baru naik ngn bus stop
sampai je situ za nampak kelibat sorang perempuan kat bus stop tu
Mulut ni dok cakap la
"ishh..apalah tgh2 malam ni perempuan dok sorg2 kat bus stop"
ye la bukan ada kenderaan dah time tu..
za lepas je dari bus stop tu za pandang cermin belakang
BERDERAU darah........
perempuan tu takder kat bus stop..
tetiba rasa takut sangat2 dan teringat pengalaman mak ngn adik2
pun mereka kena ganggu kat kawasan tu
sebabkan dah takut za dok tekan pedal minyak habis2an
rasa lambat sangat kereta tu nak gerak..pelan je tak laju macam biasa
almaklum ler bawa kancil je time tu
tau tak apa yg za nampak dan perasan ????????????

Za tak berani nak pusing dan toleh habis
tapi apa yg nampak kelibat SESUATU dok ikut terbang sebelah tingkap belakang
Ya ALLAH time tu memang rasa nak jerit takut...
nak baca apa time tu semua dah lintang pukang
memang serius time tu isshhh dok bayang
kalau BENDA tu betul2 dok sebelah tingkap
MENYERINGAI pandang..apa akan terjadi???

tau2 dah sampai trafic light Alai
gedah je lampu merah..seb bek takder kereta
sampai rumah lintang pukang lari nak mauk
ketok pintu kuat2
mak buka pon terkejut tanya "asal ni??pucat muka kau?"
mau tak pucat maknyer....

serius...memang nampak la..huhuhu seram ni dok cerita balik
meremang je bulu roma tangan tengkuk semua ni la..
alahaiiiii

Pngalaman mak ngn adik2 kat situ lak mak baru pas hantar abah p meeting
adik makan gula2 tercekik.mak bhenti kat situ..
dah ok mak nak gerak sekali nampak susuk tubuh jalan pakai telekung dok jalan kat dpn
mak kata bila masa lah ada perempuan lalu sini..
mak bawa van sampai lepas kat perempuan tu
sekali tengok cermin belakang
perempuan tu GHAIB...
Atok za kata tempat tu laluan BENDA tu
wallahulam..
dunia ni bukan kita je tinggal kan...

**ha lepas baca tu mesti terbayang2 kan..
apalagi..tak leh tido ler tu..
p amik wuduk..tido baca la alfatihah 3 qul ayatul kursi dan mohon dlindungi dari syaitan dan jin yg drejam...

Thursday, 16 October 2014

Ragam Si Puteri Adriana

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT...
Dikurniakan puteri bongsu yg comel dan sihat

Hari ni usia puteri bongsu dah pon 86 hari
Adik Adriana dah pandai dan bijak
Suka tersenyum ,ketawa dan jerit
Adik Adriana juga dah tunjuk sikap baran
hehehehe....tak boleh tunggu lama2
Ikut ibu ke ni....
Adriana ada hobi...kecik2 dah der hobi tau
Dia suka tengok ikan
klau dia nangis ke bawa p tengok akuarium kompem dia diam
Siap cakap2 lagi...nth apa dia cakapkan ibu pon tak faham

Adriana kalau nak tido...
Ibu jarang masukkan Adriana dalam buaian
kalau boleh taknak bagi sangat masuk buai
Nanti nak jalan susah la
Adriana suka tido bawah jer..
Masuk rocker pun dah jarang..
Kalau masukkan kompem dilentik2kan badan minta diangkat
Satu lagi kalau nak tido..
Ibu masukka dalam stroller pastu tolak je sampai tido
hehehe sebab ibu nak buat kerja..
Senang je masuk stroller..
Nak sidai baju pun masukkn dalam stroller bawa ikut sidai baju sekali
Nak buat cookies ke atau kedapo pun bawa naik stroller
(ni sebab ibu jenis tak suka pegang bby sangat sebab org tua2 kata
pegang bby selalu nti dia nak bpegang je..ssh)
atok suka pegang Adriana.kan kan kan atok...
nak taknak layankan pegang juga
kalau tak habis dia jerit2 nangis2 melentik2 suh angkat
Naik kereta pun sama..kalau kereta bhenti mesti dia gelisah
kalau kereta jalan dia mesti diam je..pandaikan...kaki jalan anak dara ni

Kalau nak mandi pula...
Adriana suka mandi..
Suka main air...
Tapi...Adriana tak suka org pegang kepala dia..
Kalau nak syampu kepala dia mesti dia nangis

She's very cute
Pipi dia ..peha dia..lengan dia..betis dia..serba serbi lah..geram tengok

Ibu doa spy Adriana menjadi insan solehah
berjaya dalam ilmu dunia dan akhirat
sentiasa dlindungi Allah
sentiasa sihat..
Amin...
Doa ibu juga untuk ank2 ibu yg lain...




Pic ni diambil oleh suami
kebetulan tengok kawan punya anak yg bezanya cuma 2hari je
ambil gambr mcmni..
teringin pula nak ambil gambar Adriana..tunjuk gambar baby tu kat husb
tus dia suh bukakan baju Adriana kata nak ambil gambar..
jangan mara ye Yaya..hehehetiru aksi yg sama..hehe

Monday, 13 October 2014

CARAMEL CRUNCHY

Seperti yg telah dijanjikan...
kat sini za bgtau macamna nak buat karamel crunchy
senang je uolls...
ni pon za buat za google sana sini..
tengok semua cara buat hampir sama..
semudah A B C
jom belajar buat.....

Bahan-bahan
200gm tepung florenta
200gm badam hiris
100gm kuaci hijau/bunga matahari (atau kedua2nya sekali)
20gm bijan putih

kalau nak letak kuaci kedua2nya sekali tu ..
sukatlah 50gm/50gm

Cara Membuatnya


1. Campurkan tepung florenta dengan bijan


 2.Campurkan badam dan kuaci dan bakar pada suhu 160/c selama 5minit


 3.Campur dan gaulkan sebati..Masukkan dalam loyang 14 x 14
za masuk loyang kecik sikit bab utk buat tebal sikit


4.Bakar pada suhu 160/c selama 10minit atau keperangan
Keluarkan dan terus potong.jangan tunggu sejuk nanti dah keras susah nak potong
Nak mudah potong pakai pisau pizza

5.Sejukkan..dah sejuk patah2kan dan simpan dalam bekas kedap udara


Nah...selamat mencuba !!!!!!!!!!!

Yang pasti anak2 za suka sangat...
Jangan kata anak2...
Suami pun suka..
Bila makan tu leka,tambah2 time dok depan tv
krup krap krup krap...

Wednesday, 10 September 2014

Cerita Seram : Part 2 - Hantu Kotak

ni sambungan cerita pasal budak yg aritu...
ni kisah ke 2 dia diganggu
dalam seram ada kelakarnya,,
jom baca

================================================

ni terjadi masa budak ni bersama kakak dan adiknya

satu malam aku,akk aku dan adik aku ni sibuk dok nyanyi2
sambil joget ala2 zapin ala2 melayu
seingat aku lagu Jamal Abdillah
aku nyanyi sambil2 joget..
sekali aku terpandang cermin depan aku.........
apa yg aku nampak ????
aku cuma mampu terdiam tanpa bergerak seinci pon
mungkin akk aku perasan
sebab aku nak nangis dah time ni...
aku cakap kat akk aku yg aku nampak.....................
............................................................................
satu susuk hitam kaku turun dari loteng dekat ngn bilik akk aku tidur
SERIUS !!!!!!!!!!!!
susuk hitam tu kaku dan kejung
turun perlahan2 dr loteng rumah
sememangnya aku takut !!!!!!
mana tak aku baru darjah berapa time ni..
kecik2 anak aku time ni...
apa lagi...kitaorg bertiga lari turun dapur
sebab time ni mak ada kat dapur dok masak keropok ikan
mungkin mak perasan yg kitaorg ni tengah takut
mak pun tanya...
bila aku cakap apa lg aku nampak mak seakan2 terkejut
mahu tak...ank perempuan dia nampak hantu okay....

tiba2.........................
aku perasan dari celahan lobang2 tembok batu dapur
aku nampak susuk hitam tu sedang memerhati kami semua di dapur,,
mata dia...Ya Allah....merah..
mak suruh aku abaikan...aku dalam ketakutan...
semua dok kepit2 rapat2...
bila mak dah siap masak kitaorg semua naik atas...
aku boleh rasa dan nampak..
susuk hitam tu tembus masuk ke dapur sambil berbaring di atas lantai
ni memang agak kelakar..hantu baring tau
tapi sebabkan time tu tengah takut apa nak pikirkan kelakar

time ni abah aku dok p surau belum balik lagi
kitaorg dalam rumah memang dah kecut perut
sebab aku masih nampak susuk hitam tu
aku masih nampak apa jua pergerakan dia

tengah akk aku lipat baju..
dia asyik tanya je
"apa benda tu buat ??ko nampak lagi ke??dia ada lagi ke ??"
yang aku ni jawab la..jangan asyik tanya...dia tahu kau tanya pasal dia..
akk aku macam tak puas hati lagi ni..
aku layan kan je..jawab la yg benda tu kat dapur tahu yg kau dok btanya pasal dia..
tiba2,,,aku nampak susuk hitam tu terawang2 naik dari dapur ke atas...
memang time ni aku tak berani nak pandang...
aku cakap yg benda ni dah naik..
akk aku punya takut time tu..
susuk hitam tu melayang2 ..
aku memang tak nak pandang ..sampai dia hilang
seolah2 tahu yg abah aku nak balik
bila abah balik aku terus cerita...
abah pun ambil air sembahyang dan bacakan surah yasin
susuk hitam tu kepanasan
dia terus ke serambi depan rumah sambil kehulu kehilir gelisah..
gelisah dengar baca yasin dan gelisah tak dapat datang ke depan
sampai akhirnya...susuk hitam tu pergi....
baru aku rasa lega..

kenapa aku???
kenapa aku yg nampak??
kenapa apa yg dapat rasa jika akan berlakunya sesuatu??
adakah hijab aku dibuka??

aku sangkakan ia berkahir macamtu.........
esok paginya...
time nak sarap pagi susuk hitam tu masih ada lagi
tapi kali ni diluar rumah
"dia " nak masuk tapi tak dapat
seolah2 terhalang

susuk hitam tu dudk bertenggek didahan pokok rambutan rumah belakang
apa yg aku nampak "dia" memerhati aku
muka "dia" time ni berkotak..
mata berkotak..takder hidung ..mulut pun berkotak..
dapat tak bayangkan??
kelakarka...
tapi bagi aku ...time kena tu memang aku tak pikir kelakar..
aku kecil lagi tapi aku nampak benda2 gini
jadi aku takut..........
seharian "dia" memerhati aku..
sehingga akhirnya "dia" pergi....
sehinggalah aku rasa tiada lagi gangguan.....


#aku tahu "benda" ni sebenarnya bertuan

bersambung......................


Wednesday, 27 August 2014

Cerita Seram : Part 1 (bermulanya gangguan itu)

ni nak cerita sikit pasal seseorg
dimana dia ni ada kelebihannya
dimana HIJAB dia dibuka utk seketika
dn pelbagai dugaan yg terpaksa dia lalui
sejak HIJABnya dibuka

ni kisah benar bukan rekaan
==================================================

Alkisahnya.......
ada kematian di sebuah perkampungan
budak ni p la ikut maknyer ziarah org meninggal tu
tak silap time tu lps zohor..
time matahari tengah terpacak

seperti biasa bila ada kematian
sampai rumah si mati kita akan duduk utk bacakan surah yasin
utk disedekahkan kpd arwah simati
budak ni duduk la sebelah mak dia
sambil pandang2 sekujur tubuh didepannya
sudah habis ziarah...mereka pun pulang ke rumah
dalam kata nak balik si ibu tengok anaknya lemah dan pucat
rasa badan Ya Allah panas ..demam rupanya budak itu

demam itu berlarutan beberapa hari..
budak ni diam membisu sepanjang demam
sehingga lah si ibu dan ayah dok tanya kenapa si anak berdiam diri

cerita budak ni..
masa dok ziarah arwah tempoh hari
ada satu kejadian berlaku
ketika budak tu lihat jenazah yg sedang terbaring..
datang saudara mara si mati buka kain yg menutupi wajah si mati..
alangkah terkejutnya budak ni
dia nampak ada sesuatu sedang bertenggek dihujung kepala jenazah
sambil memandang tepat ke arah budak ni
seolah2 tahu budak ni dapat melihat 'nya'
budak ni punya la terkejut..
cepat2 pejam mata..bila buka tengok benda tu dah hilang
org2 sekeliling seperti tak nampak apa2..

sejak kejadian tu
budak ni selalu nampak apa yg kita tidak nampak..

**budak tu tak ceritakan apa yg dia nampak..bagaimana wajahnya..yg pastinya wajahnya sangat hodoh
(sama2 kita sedekahkan alfatihah buat si mati)
Al-Fatihah....

bersambung..............

Thursday, 21 August 2014

Cerita Seram : Susuk Hantu di tepi katil !!!

cerita ni dah lama aku nak kongsikan bersama
dulu dah cerita kat blog lama..
sekarang cerita lagi kat sini plk..

kisah ni kisah benar..bukan rekaan
aku yg laluinya sendiri
pada 4 tahun yg lalu....

dulu aku ngn suami suka g jalan2..
time anak tak ramai katakan..baru 2org masa tu..
pula ada joint group kereta..suka la main konvoi2 dulu
jadi kitaorg ada g bercuti konvoi dekat desaru , Johor selama 3 hari 2 malam

pendekkan cerita....
sampai di desaru pon dah petang..
sebelum sampai resort aku dah dok terbayang resort tu cantik dan selesa
tu dah tentu aku rasa semua inginkan percutian yg selesa kan..
siap dok bayang bilik camni camni cantik dan class !!! hahaa
yelah..dok tnya en abg dia pon tak tahu so bayangkan sendiri la camne kan..
so masa dok cari2 resort tu aku dok perhatikan resort2 yg lain..
wahh cantik2 juga..
resort pertama..eh lepas la..bermakna bukan situ tempat rehat kitaorg
terus lagi dan jumpa resort ke 2..terus lagi..frust aku bab resort tu pun cantik
dan seterusnya..jalan semakin ke dalam..macam masuk dalam hutan pula kawasan tu
mana la kkwan ni nak bawa kitaorg bermalam kan...
dan...the next resort ...
what ?????????????
percaya tak resort tu aku sampai je masuk je ke kawasan parking aku terkedu..
ni resort ke rumah hantu ????

aku : yunk !!! ni ke ?? biar betul !!!
suami : yelah..dah dorg masuk sini
aku : isshh seramnyer tempat ni..tengok tu bangunan tu !!! teruknya rupa..macam tak pernah org duduk..tgk tu daun2 pokok bersepah bertimbun atas jalan macam tak pernah berkemas
suami : laa...dah nama nak dok hotel murah..dorg cari la hotel bajet gini
aku : .........................................

aku ni kalau p bercuti benda pertama aku amik port adalah tempat tinggal..
bila bangunan tu nampak buruk serius aku tak selesa
takut pun ye juga ..hehehehe

so park..angkut beg masuk dalam amik kunci masuk bilik..
sekali lagi
what ??????????????
buka je pintu bau wap bilik terjah masuk hidung ..
eeuuwww !!! bau hapak !!!!!
beri salam dulu baru masuk..
humm..macam dah lama org tak duduk..ni yg tak suka..
tengok keadaan sekeliling bilik..masuk toilet..
alahai...toilet siap ada bekas leaking kat siling
lantai kotor..adeeehhhh camne la dorg blh pilih resort gini..

siap2 utk makan malam
ada event malam tu..tema "agogo"
laki aku bawa banyak rambut palsu..pinjam akk ipar aku punya sbb mak andam kan..
so makan malam kat bawah ngn hati penuh gmbira dan penat..
sebenarnya time ni aku ngandung 2 ke 3 bulan macamtu..ngandungkan Nasrullah
habis makan dan happy2 aku ajak husb naik bilik..dah lewat,,
anak dara pun ajak masuk bilik..balik bilik husb pon kata nak turun balik
nak jumpa kkawan katanya..bawalah si abang Naqiuddin sekali turun teman ayahnya..
yg aku dok bilik siap2 kan diri nak rehat ..akak pun dah ngantuk so kitaorg tido..
krooohhh kroohhh....zzzzzZZZzzz
tersedar bab husb call kata buka pintu bilik..tengok jam pukul 12 lebih..
bangun buka pintu pastu sambung tido balik...
maka terjadi la sesuatu diluar dugaan....

dalam kata tengah tido nyenyak tu ...
aku tidur posisi ngereng kekiri..menghadap dinding bilik yg jaraknya sikit je dari katil
sambil tangan kiri mengalas kepala tangan kanan terjuntai ke tepi katil
dalam tidur yg nyenyak aku rasa tangan aku dicuit2...
banyak kali sampai aku betul2 tersedar..
aku sangka oo mungkin Naqiuddin bangun kejut nak buang air..
sambil tu telinga aku dengar husb aku syok berdengkur...
terasa lagi tangan aku dcuit2...
aku gagahi buka mata.......dan.........

YA ALLAH !!!!!!!!!!
aku cepat2 tutup mata balik
astaghfirullah al'azim
astaghfirullah al'azim
astaghfirullah al'azim
aku katup mata rapat2..aku tarik kaki tangan merengkok ketakutan...
Ya Allah...Kau lindungi la aku,suami dan anak2 ku..jauhkan la dari gangguan iblis dan jin.

aku nampak apa ???
sebaik aku buka mata !!!
tepat di sebelah aku !!
Dia mengilai sebaik aku buka mata !!suara yg sangat nyaring !!!
seolah2 dia ketawakan aku..
masa aku buka mata tu terus dengar dia ngilai dan nampak kelibat dia bergerak dari tepi aku tu ke hujung kaki...Allahhuakhbar !!!memang masa tu tak ingat apa dah..mengigil2 takut..baca dalam hati pon lintang pukang dah time tu...tak bergerak2 dah aku time tu..sampai yakin bunyi ngilai tu hilang aku buka mata perlahan2..pandang sekeliling..yakin takder aku terus duduk...perhatikan anak2 semua lena tido..perhatikan suami lena tido enak berdengkur..perhatikan sekeliling bilik..Ya Allah...Ya Allah..
aku baring terus ngadap anak dara aku..sepanjang malam aku tido peluk akak..
masa kena tu..suasana bilik agak kelam sebab aku buka lampu kat luar toilet tu je..
jadi tak nampak jelas susuknya
cuma nampak kelam kabur..lagipun aku dlam tidur baru nak celik mata terus nampak
jadi tak berapa jelas cuma nampak...........susuk tubuh yg jelas disebelah aku
kain agak lusuh dan rambut yg mengerbang...giler !!!!!!!!!

bangun pagi...turun breakfast..husb tanya..
macamne tido malam tadi ok tak ??
aku balas...humm tak selesa..ada tak kena

malam k2 sebelum tidur sempat baca yasin..ahamdulillah tiada gangguan..
serius!!!sampai skrg pun aku masih terbayang2 susuk tu.
SERAM!!!!!!!

**rupanya mlm tu ada 3 org lagi kena ganggu
**tak mo g situ lagi
**org kata resort tu dah bpuluh tahun.tak ramai yg duduk situ

Wednesday, 6 August 2014

alhamdulillah...IJ selamat dilahirkan

Bismillahhirrahmannirrahim...

lama rasa tak jengah diari ni.
sibuk dok uruskan ank2 ngn IJ katakan
mana yg dah tahu za dah pun selamat lahirkan IJ
insan yg za tak sabar2 nak jumpa,nak lihat dn belai...
mana yg belum tahu tu...
za dah selamat lahirkan IJ pada 23/7/14 @ 9:46 malam
dan alhamdulillah..kali ni prosesnya dipermudahkan...

kat sini za nak share pengalaman za melahirkan IJ.......

Sebelum IJ dilahirkan...
malam 22/7 Nasrullah jatuh dahi terhantuk bucu kaki meja makan..ni nanti za story mcmne ceritanya..
gara2 terkejut agaknya esok pagi za ada rasa perut macam bisa2..za fikir..oo agaknya malam tadi aku dukung Nasrullah..tu agaknya perut sakit..sekali nak buang air tengok ada lendir darah.. hati dah mula berdebar2..takkan nak bersalin dh bab sakit belum datang sangat..kebetulan memang ada appointment dengan doktor petang 23hb tu..
Petang g hosp doktor pegang perut kata "ok good..kepala bby dah turun bawah..hehe sukanya hati dengar bab sebelum ni kata tak turun masuk lalun "touch n go" lagi...so doktor pun check laluan.."ok bagus..jalan dah buka 2-3 cm" wahhhhh memang xcited nak tunggu saat2 ni..hehehe org lain nervous tapi za happy dan tak sabar2 nak tunggu saat bersalin ni... doktor cakap u boleh balik dulu sebab belum ada gesa sakit2 kan..kalau malam sakit u datang balik..kalau tak sakit juga esok pagi2 u datang masuk ward kita induce ok..za ni angguk je la tanda setuju..hati dah berbunga2 tak sabar katakan..

Balik rumah
pukul 4 ptg : perut dah mula rasa sakit..ok tak per..dah nak masuk anak 5 so pandai adjust masa tu...
pukul 5 ptg : sakit mula rasa kerap.ok dalam hati cakap dlm pukul 9malam ni la p hosp..takut terbersalin kat rumah pula nanti ni kan.dah siap cal mak abah suruh datang standby jaga ank2 kat rumah..siap suruh dorg datang berbuka kat rumah sekali..
pukul 5:30 ptg : dah mula nak masak utk lauk berbuka puasa..jadikan cerita za mencangkung la nak letak bawang  sekali dengar "plupp" terkejut juga..berdiri jer habis air ketuban keluar..huhuhu cuak pulak bila tengok air ketuban dah pecah.bukan apa budget baby lemas pula nanti..ok relax2 dulu...masak sampai habis..dalam kata masak tu kejab2 bhenti bab dah mula contractions..tarik nafas pelan2..lepas..tarik..lepas...pastu sambung masak balik..ape de susah..senang je kan..hehe
pukul 7 ptg : time ni memang dah tak tahan sakit..air ketuban makin banyak keluar..abah dah mula risau takut anknya bersalin kat rumah katanya..hehehe ..tak perlah tahan sikit lagi tunggu lepas berbuka terus g hosp
pukul 8 malam : dalam 8 lebih sampai hosp terus masuk wad..check dah buka antara 5-6 cm ..terus masuk labour room..time ni memang tak rasa takut..malah xcited nak sambut baby..masuk labour room tengok jalan dah buka 7-8 cm..huhu cepat nyerrrrr
pukul 9 malam : doktor sampai tengok dah buka 9 cm...dalam hati cepat la..tak sabar..sekali doktor suruh masuk ubat utk gesa..masuk je ubat terus rasa sakit..hanya yg bersalin normal tau macamne sakit contractions dihujung2 nak bersalin tu..fuuhhhh tarik nafassss....lepasssss..tarikkkk...lepassss...doktor kata jalan dah buka tapi kepala baby tinggi lagi..u kena teran ok utk bagi baby turun..what ??teran ??? belum gesa mana nak teran.sakit lerrr..bila contraction je kena teran..huhu memang tak la..sekali rasa nak buang air..alamak..nurse lak baru keluar kejab..buang je la..sekali nurse datang kata..ala yunk..baby dah berak dalam ni..dan dan za nak teran..2 kali teran sambil nurse tolong akhirnya gesa utk bersalin ..alhamdulillah 2 kali teran juga za selamat keluarkan IJ..air mata dan kesyukuran iringi saat melahirkan IJ..
time ni memang tak sabar nak pelok cium IJ.

"Ya Allah...aku bersyukur dengan pemberianMU Ya Allah..sungguh sempurna dan indah di mataku.."

pengalaman bersalin kali ni alhamdulillah ..senang dan dpermudahkan..sakit pun tak lama..dari plan nak stop dah lepas ni terus tak jadi..in shaa Allah jika dberi lagi rezeki aku terima dgn hati yg terbuka ...

#15daysmoodberpantang
#gambarIJakanmasukkemudian

Friday, 18 July 2014

Sebuah Penantian Seorang Ibu

Saat ini tatkala ini 
kandungan yg ibu bawa didalam rahim dan perut ibu
sudah menjangkau 39w...
dimana dan di setiap saat ibu terlalu teruja untuk nantikan kehadiran kamu sayang..
dimana setiap hari setiap saat ibu ternanti2 jika ada sebarang tanda akan kehadiran kamu sayang..
setiap pagi bila ibu celik mata ..
ibu rasa berdebar2 jika ada tanda kelahiranmu
kerana sebelum abg2 dan kakak semua keluar dan beri hint waktu pagi...
hehehe begitu sekali keterujaan ibu sayang
untuk nantikan kamu

Bila berlaku contraction dan sakit...ibu harap itulah tanda kamu ingin keluar sayang
lihat...betapa ibu tak sabar utk mlihat kamu
betapa ibu tak sabar utk mencium kamu
mencium haruman syurga..ingin membelai mulus tubuh mu sayang
Ya Allah..sesungguhnya ibu tak sabar

Semalam ibu pergi scan..
dengan harapan ibu dpat berita gembira
yang mungkin mengatakan puteri ibu bersedia nak keluar
tapi...nampak gaya puteri ibu masih ingin berada didalam perut dan rahim ibu..
tak per sayang...dapat juga ibu rasa kamu bermain2 dalam perut..

Ibu diserang demam bisa2 Isnin lalu..
Ibu menangis tak selesa dan risaukan kamu didalam kandungan
Ibu tak dapat pejamkan mata kerana badan terlalu sakit
Ibu doa dan tak henti berzikir agar kamu selamat
Alhamdulillah demam ibu cuma sehari walaupun badan ibu masih sakit2 pada hari ke 2
dan lusanya.....perut ibu sakit sangat..bisa spt itu tanda kamu nak keluar sayang..
ibu dah sediakan semua persiapan utk ke hosp tapi hati ibu berat seakan2 ingin pergi..
hehehe rupanya itu bukan tanda kamu mahu keluar
tapi itu tanda ibu kena dhirea hehehe....
biarpun sekarang ibu memang tersangat tidak selesa
dengan kerap mengeras dan sakit
dengan kesukaran ibu untuk bangun
apatah lagi untuk baring dan memberi keselesaan
dengan ibu tidak larat lagi membawa badan
dan ibu terpaksa berenggang dengan abang Najmi
semua itu ibu gagahi
tak mengapa....

Setiap saat setiap hari setiap ketika 
ibu tak sabar nantikan kehadiran kamu
Tapi tak mengapa..kalau kamu masih selesa didalam..
kamu duduklah didalam ye..nanti bila nak keluar bg je hint kat ibu ye sayang..

Yang pastinya Ibu tak sabar utk mencium dan membelai kamu sayang.....

Tuesday, 1 July 2014

Cerita Seram : Lebuh AMJ Kandang- Serkam

ni post asalnya nak cari kat blog lama tapi dah lupa apa nama blog tu..
so jadikan cerita za ceritakan balik kejadian yg berlaku
mana yg tertanya2 apa yg terjadi ..apa yg ada kat situ sana sini..
tapi sebelum tu ..kita sebagai Hamba Allah..
kena percaya dgn adanya mahkluk halus ni..mereka juga wujud
tujuan utk menyesat dan menakut2kan kita...

ok..kisah ni berlaku xsilap za dalam 2 tahun yg lalu
dimana za nak balik ke kampung...
tujuan balik kampung sebab nak bawa si abg Naqiuddin g klinik kat merlimau
so nak tinggalkan anak2 kat rumah mak..
time ni adik perempuan za, dyba ada sekali bersama pada malam tu

masa nak masuk highway tu
dalam hati dah mula berbelah bagi nak lalu mana..
selalunya kalau za drive sendiri..bila masuk lepas maghrib je za memang
xnak lalu highway amj kandang - serkam
tapi pd hari kejadian tu hati za memang berbelah bg..eh aku nak lalu mana ek..dah malam ni
akhirnya za paut jer stering kereta ke arah kandang - serkam - merlimau...
maka bermula lah detik cemas kami.........

highway amj semua memang tahu gelap..
ada lampu pun selalunya kat traffic light kat jejantas..
yg lain memang ditemani lampu kereta jer
za bawa time ni relax je..dan amik lorong sebelah kanan.
masa sampai traffic lihgt umbai (bkt tembakau)
dalam hati berbelah bagi lagi..sepatutnya za mesti keluar umbai..
memang nak masuk umbai sebelum tu tapi sampai je kt traffic light tu za terus ke serkam
adehhhhh memang jawabnyer xsuka la ...
kenangkan adik ada teman tu yg kononnya berani ..
jalan memang gelap..benciiiii mak oiiii
so za bawa slow sebab gelap kan..plk ada anak2..slow pastu dok lorong kanan..aptb
seb baik kereta tak banyak..so xderla ganggu traffic kan...heehe
lepas je jejantas ke serkam yg ada kedai makan sebelah kiri tu..yg lori2 selalu bhenti makan minum tu...
tetiba............................
dah dekat za nampak ada sesuatu berbungkus atas jalan betul2 sebelah kanan jalan
za dapat elak serentak za jerit "Allah"
dan serentak tu juga adik za jerit " Ja !!!"
terus pandang cermin belakang..gelap xnampak apa
kereta belakang ada jarak dalam 3 4 buah..ikut belakang tapi za tengok biasa je dorg drive
seperti tidak mengelak sesuatu........
ha time ni memang serius dah terdiam
adik lak cakap "apa tu"
za tnya "ko nampak apa yg aku nampak ke?"
dia jawab "aah"
so semua terdiam...za cepat2 cari CD surah Yasin dan buka..
anak2 yg leka bermain terus terdiam...
time tu memang masuk serkam juga..aduhai..dalam hati tempuh lagi 1 jalan
nasib baik xder apa2..cuma kejadian td tu buat kitaorg takut..
sampai rumah mak...memang tak cakap apa2 sebab nak cpt bawa nak g klnik
cakap kat adik..kang balik baru kita cerita apa yg kita nampak..

pendekkan cerita..balik jer terus tanya adik "ko nampak apa dyba?"
dia pon sama lorat tanya soklan yg sama "ko lak nampak apa?" haishhhhh
za pun cerita...." aku nampak ada benda terbaring atas jalan berbungkus betul2 kat laluan kita.Aku terkejut tu yg aku elak ngn jerit..seb bek xlanggar"
tetiba adik za muka dia berubah......dia cakap "aku nampak ada benda putih terbang betul2 ke arah cermin depan ko tu" ..........................................(meremang pula bulu roma time repeat cerita ni)
ALLAH.........kami berdua nampak benda yg berlainan dalam satu waktu yg sama
nasib baik xder apa2 kejadian lain yg berlaku..
malam tidur pun alhamdulillah xder apa2...
sejak kejadian tu la za memang seriau nak lalu malam2 kat sana kecuali suami yg drive ..

ni baru cerita za..belum kejadian yg adik beradik za pernah lalui ..nanti2 la za ceritakan..tunggukan sambungannya.....heheehe

Haaa....time kejadian ni za preggy..risau juga masa tu kalau apa2 berlaku..alhamdulillah xder apa2..

korang nak lalu sana x ????
lalu la...boleh je..cuma kalau nampak tu buat xtau jer....jangan dilayan


Wednesday, 25 June 2014

PROMOSI SEMPENA RAMADHAN



PROMOSI KEMBALI LAGI !!!!!
Siapa yg tertunggu2 promosi tu boleh jer order sekarang
harga jimat lagi berbaloi
nak cantik di pagi raya kan...
baik makan dari sekarang ..
almaklumlah..tindak balas setiap orang tak sama..
ada cepat ada lambat..jangan nanti tengok tak cun bising2 kata xcantik pun kulit..
tak mo...tak mo...





yang ni pula FLORAL MASK DIANZ...
JIMAT,MUDAH & TIDAK MENYAKITKAN
menarik keluar WHITEHEAD / BLACKHEAD dengan mudah
kompem korang geram bila tengok kat mask tu melekat whitehead


PROMOSI SEMPENA RAMADHAN

Berminat ???
Nak order???
sila email order ke izacald@yahoo.com
atau terus whatsapp 018-3276011
atau PM facebook 
www.facebook.com/messages/stokismelakadian




Tuesday, 24 June 2014

NAK KULIT CANTIK TAK ???

U... nak kulit muka CANTIK tak??
Nak CERAH satu badan tak??

Nak bebas JERAWAT/JERAGAT/KUSAM/BERMINYAK/PARUT/PARUT BERLOPAK2 dan sebagainya la..
NAK TAK ?????

Za cerita sikit kat sini yer...
Za memang tahu produk ni dah lama dah
tapi berat hati masa tu nak cuba..
hehehe dengan fikir duit duit duit...
alamak..so delay delay delay sampai la za di sahkan hamil..
serius kali ni za preggy muka memang habis..
sampai hilang keyakinan diri..tambah2 depan suami..adehhh
muka tak cun dah la..
naik jerawat banyak..jeragat kat pp kiri kanan penuh
muka berminyak dan gatal2 siap kusam lagi...
mahu ko tak stress tengok cermin bila muka mcmtu..
pula kita jenis memang suka cantik2 dan jaga kulit muka..
sampai beli mcm2 skincare ..tapi satu pun tak berkesan malah nampak lagi worse...
bayangkan dari start sebulan sampai kandungan masuk awal 6 bulan...

So jadi cerita tak tahan dgn muka cmtu try la sebotol...
SERIUS...2 minggu nampak jerawat kurang dan kering ..
wahhh !!!!! dah tentu la za suka sangat2..so sabar dan terus je makan hari2
Habis sebotol...alhamdulillah jerawat yg melambak2 dulu kat dahi pp dagu semua 95% hilang
HILANG okay !!! siapa tak suka..muka pun kurang berminyak..muka rasa licin lembut jer
suka sangat siap belek2 depan cermin..hari2 dok belek tu..
dan.........JERAGAT tebal kat pp kiri kanan semakin pudar..yeahhh...
Kalau nak tahu jeragat ni sebenarnya paling degil dan susah nak hilang
ni sebab collagen dalam badan semakin kurang menyebabkan kulit semakin kering 
jadi bila tengok jeragat dah makin pudar serius memang suka sangat2...
ni sekarang za baru consume 2 botol Dianz vitamin..
alhamdulillah semakin cantik kulit muka..
memang dah janji dalam diri nak terus amalkan ...
siapa tak nak cantikkan....

ni testimoni za sendiri..tengok betul2 jerawat kat muka tu..kecik2 dah time tu
dan pic satu lg tu selepas sebulan amalkan Dianz vitamin

Dianz vitamin ni kalau consume berterusan kulit akan cerah seluruh badan..bukan kat muka jer tp satu badan..memang TERBUKTI  dan DIJAMIN BERKESAN ...

-Produk ada Kelulusan KKM
-Produk Bumiputera
-Kilang bertarah GMP
-Halal
-Collagen dari ikan talapia
-Sesuai utk mereka yg alergik seafood
-Sesuai utk ibu2 mengandung dan menyusu badan
-Sesuai utk umur 16 tahun dan ke atas (asalkan dah baligh)
-RM80/60 biji untuk sebulan..okay what...

nak details uolls boleh je klik www.facebook.com/stokismelakadian ^ ^


Friday, 20 June 2014

Menyepi

Bismillahhirrahmannirrahim....

Lebih setahun aku menyepi kan...
kiranya tak der masa nak hadap blog nie..
lately ni teringat nak create blog balik..sekali teringat blog lama
cari2 pikir2..nasib baik ingat lagi emails & password
hehehe almaklumler facebook kan ada..skrg semua kat situ
tak per la try masuk balik blog ni..mana tau kekal ke kali ni

Last aku post tahun lepas bulan April
aku ada 4 cahayamata yg comel2 belaka
alhamdulillah...rezeki yg Allah beri dan amanahkan kpd aku dan suami

Dulu last post Najmi kecil lagi..belum masuk setahun
rasanya dulu Najmi baru nak merangkak..
sekarang dia dah berlari..dah bijak dan cerdik
manja dan adakalanya garang..

Nasrullah pun makin cerdik..makin banyak cakap
cuma perangai dia tetap sama..
terlebih manja

Adawiyah sekolah tabika dah
alhamdulillah cepat belajar
banyak bertanya..very talkative
dan cantik comel...
kesihatan kakak masih sentiasa dan perlu dipantau

Abg long Naqiuddin ..alhamdulillah dah darjah 2
banyak membantu ibu dan lebih memahami
kesian juga sbb selalu kena beralah dgn adik2..kesian abg ...
tak per...abg Naqiuddin abg yg baik dan syg adk2nya

Alhamdulillah dgn semua pemberianNya
semoga Allah terus melindungi kesemua anak2ku dunia dan akhirat
aamiin