Dah lama tak masukkan cerita seram kan...
agak2 nak baca tak ????
meh ..za cerita 1 cerita seram yg memang betul2 terjadi
cerita ni za tak canang sangat bab serius takut masa kena tu
Kisah ni sekitar tahun 2004-2005 macam tu
waktu za masih kerja di sebuah hosp swasta di Melaka
Za kerja bahagian Admission
Dulu system selalu down
Selalu kena stayback sampai lewat malam
Untuk habiskan kerja n payment yg pending
Dijadikan cerita kebetulan system down hari Khamis malam Jumaat
Siap je semua kerja dalam pukul 11 lebih mcmtu la
pulak abg2 porter dok nakut2kan za time tu
Kata..arini Khamis malam Jumaat
Jangan stayback sampai lewat malam
Bahaya.................
Buat dek la..gelak2 time tu
Takkan nak takut pula
Jadi za drive balik malam tu
Sampai kat Padang Temu
Laluan Sg Duyong..
Situ gelap..belum membangun
yang ada rumah2 kg,kedai baru naik ngn bus stop
sampai je situ za nampak kelibat sorang perempuan kat bus stop tu
Mulut ni dok cakap la
"ishh..apalah tgh2 malam ni perempuan dok sorg2 kat bus stop"
ye la bukan ada kenderaan dah time tu..
za lepas je dari bus stop tu za pandang cermin belakang
BERDERAU darah........
perempuan tu takder kat bus stop..
tetiba rasa takut sangat2 dan teringat pengalaman mak ngn adik2
pun mereka kena ganggu kat kawasan tu
sebabkan dah takut za dok tekan pedal minyak habis2an
rasa lambat sangat kereta tu nak gerak..pelan je tak laju macam biasa
almaklum ler bawa kancil je time tu
tau tak apa yg za nampak dan perasan ????????????
Za tak berani nak pusing dan toleh habis
tapi apa yg nampak kelibat SESUATU dok ikut terbang sebelah tingkap belakang
Ya ALLAH time tu memang rasa nak jerit takut...
nak baca apa time tu semua dah lintang pukang
memang serius time tu isshhh dok bayang
kalau BENDA tu betul2 dok sebelah tingkap
MENYERINGAI pandang..apa akan terjadi???
tau2 dah sampai trafic light Alai
gedah je lampu merah..seb bek takder kereta
sampai rumah lintang pukang lari nak mauk
ketok pintu kuat2
mak buka pon terkejut tanya "asal ni??pucat muka kau?"
mau tak pucat maknyer....
serius...memang nampak la..huhuhu seram ni dok cerita balik
meremang je bulu roma tangan tengkuk semua ni la..
alahaiiiii
Pngalaman mak ngn adik2 kat situ lak mak baru pas hantar abah p meeting
adik makan gula2 tercekik.mak bhenti kat situ..
dah ok mak nak gerak sekali nampak susuk tubuh jalan pakai telekung dok jalan kat dpn
mak kata bila masa lah ada perempuan lalu sini..
mak bawa van sampai lepas kat perempuan tu
sekali tengok cermin belakang
perempuan tu GHAIB...
Atok za kata tempat tu laluan BENDA tu
wallahulam..
dunia ni bukan kita je tinggal kan...
**ha lepas baca tu mesti terbayang2 kan..
apalagi..tak leh tido ler tu..
p amik wuduk..tido baca la alfatihah 3 qul ayatul kursi dan mohon dlindungi dari syaitan dan jin yg drejam...
Wednesday, 5 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment