Wednesday, 19 November 2014

Aku ada sorang adik

Rindu sangat..........
dah berapa hari ni asyik teringat2 jer kat adik aku sorg ni
cuma dia je sorg adik perempuan yg aku ada
cuma dia je yg selalu menjadi penghibur dan pendengar setia aku
selalu kalau berborak
baik dalam wasap atau fb...riuh sekampung
tapi dalam berapa minggu ni masing2 diam je
tu yg buat aku betul2 rindu

dia sorang je yg aku ada
adik perempuan yg memahami
yg sanggup mendengar keluh resah hati ini
yang selalu merintih memerlukan bahu dikala dia kesedihan
kami saling memerlukan

biarpun dia dah dok jauh lepas kawin
kami tak pernah lupa sesama kami
mesti kitaorg akan wasap sesama kitaorg
tapi kalini.............

Bila rindu tu datang
semua memori suka duka bermain difikiran
buatkan air mata ni deras mengalir membasahi pipi
buatkan hati ni rasa sebak sangat
sebab aku terlalu RINDUKAN dia.....

Bagaimana keadaan dia?
sihatkah dia?
ok tak dia?
tak rindu ke dia kat aku?

Dyba..
aku rindu kau.....
saat aku luahkan ni..
ketahuilah yg aku rindukan adik aku sorg ni
saat ini airmata deras mengalir
sungguh...aku tak pernah rasa macamni
memang kita ada sepi sebelum ni
tapi takder lak sampai aku sedih mcmni
tak pulak aku nangis2 rindukan kau...
seolah2 ada sesuatu yg cuba kau sorokkan
seolah2 ada sesuatu yg cuba kau sampaikan
tapi semua terhalang.......

Ya Allah...
Kau lindungilah adikku NUR ADIBAH MAHMUD
jagakan dia utkku Ya Allah..
berikanlah kesihatan yg baik utk dia..
sesungguhnya aku amat merindui dia.....
Amin..

*dyba..apa jua keadaan kau kat sana jaga diri jaga kesihatan
jangan tinggal solat..banyakkan berzikir
kalau kau baca ni...ketahuilah aku syg sangat kat kau..
cuma kau adk perempuan aku ada..ingat pesan mak abah
ingat nasihat mak abah..ingat pesan abg nain ngn aku..dan ciumkan Darwisy utk ku..

Alangkah baik dan bagusnya jika kami 5 beradik semua berada di dalam 1 negeri
alangkah baik jika kami semua beradik dapat berkumpul setiap hujung minggu bersama2
alangkah baik jika kami 5 beradik dapat luangkan masa bersama mak dan abah
Ya Allah......sesungguhnya aku terlalu RINDU...


Monday, 17 November 2014

Anugerah

Disaat semua sedang lena dibuai mimpi
Aku masih tidak dapat melelapkan mata
Sambil duduk bersimpuh
Merenung ,membaca,membelek satu persatu
status di halaman muka buku

Disaat ini mata melirik sayu
Memandang anak2 yg sedang lena tidur
Disaat ini hati Ibu mula bermain berkata2

Ku tatap wajah anak2ku
Ku belai lembut pipi dan rambutnya
Ku singgahkan bibirku perlahan didahi mereka
Ya Allah.....
sungguh menikam jauh disudut hatiku
Ya Allah....
sungguh aku kerdil disisiMU

9 tahun yg lalu...
Saat aku menantikan cahayamata
saat aku teruja mendapat berita gembira
KAU tarik semula kegembiraanku
dan KAU uji diriku
namun aku redha...semua yg berlaku adalah sebaik2 perancangan utkku

Dan kini..KAU beri kepadaku rezeki berlipat ganda
dengan memberi 5 cahayamata yg sangat sempurna buatku
biarpun aku tidak sekaya mana
tapi aku kaya dengan anak2
aku bangga memiliki anak yg ramai
kerana merekalah pewaris pewarisku
yang akan mendoakan aku suatu hari nanti

Tapi...........
aku hanya manusia biasa
yang punya rasa marah ,
yang terkadang aku terlepas
dan aku sangat sesali
kerana melukai hati mereka
MAAFKAN IBU SAYANG...........
takkan Ibu ulangi

Anak-anakku.........
Kalianlah penyeri hidup Ibu
Kalianlah penguat dan pemberi semangat Ibu
Kalianlah segala2nya bagi Ibu
9 bulan kalian Ibu tatang dengan mengorbankan segala keselesaan Ibu
demi kamu anak-anakku..
Ibu bertarung nyawa utk melahirkan kamu
Ingin kamu selamat..
Ibu menyusukan kamu
Ibu menatang kamu bagai minyak yg penuh
Ibu bersengkang mata dikala kamu sakit
hati Ibu menangis merintih
Ibu mana yang sanggup melihat anak2 sakitkan
walaupun hanya demam biasa..
Ibu membesarkan kamu
Ibu menyuapkan kamu makan
dengan harapan
setiap suapan Ibu akan kamu ingati sampai mati
kerana tanda Ibu sangat mengasihi anak- anak ibu
saat kamu menangis
Ibu peluk erat agar kamu tenang sayang..
kerana ..pelukan seorang Ibu itu melegakan hati kamu sayang
Kamu semua membesar didepan mata Ibu
bagi ibu...jika boleh..setiap saat dan masa
ibu mahu sentiasa berada disamping kamu semua
agar keselamatan dan kesihatan kamu
dapat ibu ikuti...
Ya........
Ibu sanggup bergadai nyawa demi anak anak ibu
Kini...kamu semua didepan ibu
tidur lena dibuai mimpi yg indah
saat ibu membelai wajah kalian
hati ibu sangat sedih
andai ibu pergi dulu....
siapa yg akan menjaga mu?
siapa yg akan membelaimu ?
siapa yg akan merawatmu ?
siapa yg akan memelukmu ?
siapa yg akan memasak dan memberi makan padamu ?
siapa yg akan mendodoikanmu ?
siapa yg akan memimpin tanganmu ?
siapa yg akan mengesat dan memujuk tangismu ?
Ya Allah...
Sebaknya aku...
sesungguhnya aku insan yg lemah..

Anak-anakku......
Jadilah anak2 yg soleh dan solehah
Yang berjaya dalam ilmu dunia dan akhirat
Yang beriman dan bertaqwa
yang saling menghormati
dan menghormati orang tua
yang saling berkasih sayang

Ya Allah ..lindungilah anak2ku
panjangkanlah umur mereka
berikanlah kesihatan yg baik kpd mereka
jauhkanlah mereka dari perkara yg merbahaya
Amin......

Terima Kasih Ya Allah dengan anugerah terindahMU.........

Wednesday, 5 November 2014

Cerita Seram : tengah malam laluan Pdg Temu

Dah lama tak masukkan cerita seram kan...
agak2 nak baca tak ????
meh ..za cerita 1 cerita seram yg memang betul2 terjadi
cerita ni za tak canang sangat bab serius takut masa kena tu

Kisah ni sekitar tahun 2004-2005 macam tu
waktu za masih kerja di sebuah hosp swasta di Melaka
Za kerja bahagian Admission
Dulu system selalu down
Selalu kena stayback sampai lewat malam
Untuk habiskan kerja n payment yg pending
Dijadikan cerita kebetulan system down hari Khamis malam Jumaat
Siap je semua kerja dalam pukul 11 lebih mcmtu la
pulak abg2 porter dok nakut2kan za time tu
Kata..arini Khamis malam Jumaat
Jangan stayback sampai lewat malam
Bahaya.................
Buat dek la..gelak2 time tu
Takkan nak takut pula

Jadi za drive balik malam tu
Sampai kat Padang Temu
Laluan Sg Duyong..
Situ gelap..belum membangun
yang ada rumah2 kg,kedai baru naik ngn bus stop
sampai je situ za nampak kelibat sorang perempuan kat bus stop tu
Mulut ni dok cakap la
"ishh..apalah tgh2 malam ni perempuan dok sorg2 kat bus stop"
ye la bukan ada kenderaan dah time tu..
za lepas je dari bus stop tu za pandang cermin belakang
BERDERAU darah........
perempuan tu takder kat bus stop..
tetiba rasa takut sangat2 dan teringat pengalaman mak ngn adik2
pun mereka kena ganggu kat kawasan tu
sebabkan dah takut za dok tekan pedal minyak habis2an
rasa lambat sangat kereta tu nak gerak..pelan je tak laju macam biasa
almaklum ler bawa kancil je time tu
tau tak apa yg za nampak dan perasan ????????????

Za tak berani nak pusing dan toleh habis
tapi apa yg nampak kelibat SESUATU dok ikut terbang sebelah tingkap belakang
Ya ALLAH time tu memang rasa nak jerit takut...
nak baca apa time tu semua dah lintang pukang
memang serius time tu isshhh dok bayang
kalau BENDA tu betul2 dok sebelah tingkap
MENYERINGAI pandang..apa akan terjadi???

tau2 dah sampai trafic light Alai
gedah je lampu merah..seb bek takder kereta
sampai rumah lintang pukang lari nak mauk
ketok pintu kuat2
mak buka pon terkejut tanya "asal ni??pucat muka kau?"
mau tak pucat maknyer....

serius...memang nampak la..huhuhu seram ni dok cerita balik
meremang je bulu roma tangan tengkuk semua ni la..
alahaiiiii

Pngalaman mak ngn adik2 kat situ lak mak baru pas hantar abah p meeting
adik makan gula2 tercekik.mak bhenti kat situ..
dah ok mak nak gerak sekali nampak susuk tubuh jalan pakai telekung dok jalan kat dpn
mak kata bila masa lah ada perempuan lalu sini..
mak bawa van sampai lepas kat perempuan tu
sekali tengok cermin belakang
perempuan tu GHAIB...
Atok za kata tempat tu laluan BENDA tu
wallahulam..
dunia ni bukan kita je tinggal kan...

**ha lepas baca tu mesti terbayang2 kan..
apalagi..tak leh tido ler tu..
p amik wuduk..tido baca la alfatihah 3 qul ayatul kursi dan mohon dlindungi dari syaitan dan jin yg drejam...