Friday, 18 July 2014

Sebuah Penantian Seorang Ibu

Saat ini tatkala ini 
kandungan yg ibu bawa didalam rahim dan perut ibu
sudah menjangkau 39w...
dimana dan di setiap saat ibu terlalu teruja untuk nantikan kehadiran kamu sayang..
dimana setiap hari setiap saat ibu ternanti2 jika ada sebarang tanda akan kehadiran kamu sayang..
setiap pagi bila ibu celik mata ..
ibu rasa berdebar2 jika ada tanda kelahiranmu
kerana sebelum abg2 dan kakak semua keluar dan beri hint waktu pagi...
hehehe begitu sekali keterujaan ibu sayang
untuk nantikan kamu

Bila berlaku contraction dan sakit...ibu harap itulah tanda kamu ingin keluar sayang
lihat...betapa ibu tak sabar utk mlihat kamu
betapa ibu tak sabar utk mencium kamu
mencium haruman syurga..ingin membelai mulus tubuh mu sayang
Ya Allah..sesungguhnya ibu tak sabar

Semalam ibu pergi scan..
dengan harapan ibu dpat berita gembira
yang mungkin mengatakan puteri ibu bersedia nak keluar
tapi...nampak gaya puteri ibu masih ingin berada didalam perut dan rahim ibu..
tak per sayang...dapat juga ibu rasa kamu bermain2 dalam perut..

Ibu diserang demam bisa2 Isnin lalu..
Ibu menangis tak selesa dan risaukan kamu didalam kandungan
Ibu tak dapat pejamkan mata kerana badan terlalu sakit
Ibu doa dan tak henti berzikir agar kamu selamat
Alhamdulillah demam ibu cuma sehari walaupun badan ibu masih sakit2 pada hari ke 2
dan lusanya.....perut ibu sakit sangat..bisa spt itu tanda kamu nak keluar sayang..
ibu dah sediakan semua persiapan utk ke hosp tapi hati ibu berat seakan2 ingin pergi..
hehehe rupanya itu bukan tanda kamu mahu keluar
tapi itu tanda ibu kena dhirea hehehe....
biarpun sekarang ibu memang tersangat tidak selesa
dengan kerap mengeras dan sakit
dengan kesukaran ibu untuk bangun
apatah lagi untuk baring dan memberi keselesaan
dengan ibu tidak larat lagi membawa badan
dan ibu terpaksa berenggang dengan abang Najmi
semua itu ibu gagahi
tak mengapa....

Setiap saat setiap hari setiap ketika 
ibu tak sabar nantikan kehadiran kamu
Tapi tak mengapa..kalau kamu masih selesa didalam..
kamu duduklah didalam ye..nanti bila nak keluar bg je hint kat ibu ye sayang..

Yang pastinya Ibu tak sabar utk mencium dan membelai kamu sayang.....

Tuesday, 1 July 2014

Cerita Seram : Lebuh AMJ Kandang- Serkam

ni post asalnya nak cari kat blog lama tapi dah lupa apa nama blog tu..
so jadikan cerita za ceritakan balik kejadian yg berlaku
mana yg tertanya2 apa yg terjadi ..apa yg ada kat situ sana sini..
tapi sebelum tu ..kita sebagai Hamba Allah..
kena percaya dgn adanya mahkluk halus ni..mereka juga wujud
tujuan utk menyesat dan menakut2kan kita...

ok..kisah ni berlaku xsilap za dalam 2 tahun yg lalu
dimana za nak balik ke kampung...
tujuan balik kampung sebab nak bawa si abg Naqiuddin g klinik kat merlimau
so nak tinggalkan anak2 kat rumah mak..
time ni adik perempuan za, dyba ada sekali bersama pada malam tu

masa nak masuk highway tu
dalam hati dah mula berbelah bagi nak lalu mana..
selalunya kalau za drive sendiri..bila masuk lepas maghrib je za memang
xnak lalu highway amj kandang - serkam
tapi pd hari kejadian tu hati za memang berbelah bg..eh aku nak lalu mana ek..dah malam ni
akhirnya za paut jer stering kereta ke arah kandang - serkam - merlimau...
maka bermula lah detik cemas kami.........

highway amj semua memang tahu gelap..
ada lampu pun selalunya kat traffic light kat jejantas..
yg lain memang ditemani lampu kereta jer
za bawa time ni relax je..dan amik lorong sebelah kanan.
masa sampai traffic lihgt umbai (bkt tembakau)
dalam hati berbelah bagi lagi..sepatutnya za mesti keluar umbai..
memang nak masuk umbai sebelum tu tapi sampai je kt traffic light tu za terus ke serkam
adehhhhh memang jawabnyer xsuka la ...
kenangkan adik ada teman tu yg kononnya berani ..
jalan memang gelap..benciiiii mak oiiii
so za bawa slow sebab gelap kan..plk ada anak2..slow pastu dok lorong kanan..aptb
seb baik kereta tak banyak..so xderla ganggu traffic kan...heehe
lepas je jejantas ke serkam yg ada kedai makan sebelah kiri tu..yg lori2 selalu bhenti makan minum tu...
tetiba............................
dah dekat za nampak ada sesuatu berbungkus atas jalan betul2 sebelah kanan jalan
za dapat elak serentak za jerit "Allah"
dan serentak tu juga adik za jerit " Ja !!!"
terus pandang cermin belakang..gelap xnampak apa
kereta belakang ada jarak dalam 3 4 buah..ikut belakang tapi za tengok biasa je dorg drive
seperti tidak mengelak sesuatu........
ha time ni memang serius dah terdiam
adik lak cakap "apa tu"
za tnya "ko nampak apa yg aku nampak ke?"
dia jawab "aah"
so semua terdiam...za cepat2 cari CD surah Yasin dan buka..
anak2 yg leka bermain terus terdiam...
time tu memang masuk serkam juga..aduhai..dalam hati tempuh lagi 1 jalan
nasib baik xder apa2..cuma kejadian td tu buat kitaorg takut..
sampai rumah mak...memang tak cakap apa2 sebab nak cpt bawa nak g klnik
cakap kat adik..kang balik baru kita cerita apa yg kita nampak..

pendekkan cerita..balik jer terus tanya adik "ko nampak apa dyba?"
dia pon sama lorat tanya soklan yg sama "ko lak nampak apa?" haishhhhh
za pun cerita...." aku nampak ada benda terbaring atas jalan berbungkus betul2 kat laluan kita.Aku terkejut tu yg aku elak ngn jerit..seb bek xlanggar"
tetiba adik za muka dia berubah......dia cakap "aku nampak ada benda putih terbang betul2 ke arah cermin depan ko tu" ..........................................(meremang pula bulu roma time repeat cerita ni)
ALLAH.........kami berdua nampak benda yg berlainan dalam satu waktu yg sama
nasib baik xder apa2 kejadian lain yg berlaku..
malam tidur pun alhamdulillah xder apa2...
sejak kejadian tu la za memang seriau nak lalu malam2 kat sana kecuali suami yg drive ..

ni baru cerita za..belum kejadian yg adik beradik za pernah lalui ..nanti2 la za ceritakan..tunggukan sambungannya.....heheehe

Haaa....time kejadian ni za preggy..risau juga masa tu kalau apa2 berlaku..alhamdulillah xder apa2..

korang nak lalu sana x ????
lalu la...boleh je..cuma kalau nampak tu buat xtau jer....jangan dilayan